"DOA MOHON MURAH REZEKI"....

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah... apabila di laut, maka naikkanlah.... apabila jauh, maka dekatkanlah.... dan sekiranya sedikit, maka perbanyakkanlah.... dan sekiranya sedia dekat, maka permudahkanlah untuk mendapatkannya....
juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki sepertimana yang ku jangka dengan reeki yang baik dan halal, serta banyak keberkatan sehingga ku tidak memerlukan yang lain selain dari-MU....
jadikanlah kedua tanganku ini diatas supaya suka memberi dan menderma dan jangan jadikan kedua tanganku ini dibawah dengan suka meminta-minta.... Sesungguhnya engkau amat berkuasa diatas setiap sesuatu"....

Sunday, March 27, 2011

ZAQEILS ENTERPRISE

KENAPA ZAQEILS?


ZAQEILS adalah gabungan nama aku (SuhaiZA binti Daud), suami (Mohd. SyaffarurriZAL bin Ripin) dan putera kami (Muhammad SyAQEIL Anaqi).... pada mulanya ramai yang bertanya kenapa Zaqeil's sedangkan nama anak kami Aqeils.... jadi aku terpaksa menerangkannya..... penat den nak explain sebenarnya.....

Pada 3 Mei 2009 aku telah mendaftarkan syarikatku di SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) dengan nama ZAQEIL ENTERPRISE. No. pendaftaran kami adalah IP0303613-A. 


antara jenis perniagaan yang aku daftarkan ialah:

  • menjual dan membeli makanan dan minuman.
  • menjual dan membeli pakaian dan aksesori
  • menjual dan membeli peralatan perhiasan rumah
  • menerima tempahan jahitan pakaian lelaki, wanita, langsir dan produk hiasan dalaman
  • menjual alatulis, bahan bacaan dan fotostat.

No comments:

Post a Comment